"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 6 - Halal Dan Haram




HADIS KEENAM

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    
     
(Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330)

                         
  HADITH 6


On the authority of Abu 'Abdullah al-Nu'man bin Bashir, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Truly, what is lawful is evident, and what is unlawful is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart."

[Al-Bukhari & Muslim] 

Catatan :

·    Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata : Islam itu berputar dalam empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1.     Antara sikap wara’ adalah meninggalkan syubhah .

2.     Banyak melakukan shubahat akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan haram.

3.     Menjauhkan diri daipada melakukan dosa kecil kerana hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.

4.     Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana daripada hati punca tingkah laku seseorang.

5.     Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.

6.     Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah kerana khuatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.

7.     Berusaha menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram.

8.     Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Nuffnang