"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 5 - Bidaah




HADIS KELIMA

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara yang baru(bidaah) dalam urusan(agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, maka ia tertolak.

(Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)

 Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:

Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.
                         
  HADITH 5


It is narrated on the authority of the Mother of the Believers, Umm 'Abdullah 'Aishah, radiyallahu 'anha, that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Whosoever introduces into this affair of ours (i.e. into Islam) something that does not belong to it, it is to be rejected."

[Al-Bukhari & Muslim]

According to the version in Muslim, (it reads): "Whosoever works a work which has for it no command of ours is to be rejected." 


Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

 a) Dalam Ibadat :

(Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.) (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)

Ibadah yang langsung tidak syar'ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya

Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu' empat empat)

Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat)

    b) Dalam Muamalat :

     i)  'Aqad yang dilarang oleh Syara' : Barang yang hendak di'aqad tidak halal.
         (nikah dengan mahram).
     ii)  'Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
     iii)  'Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.
          (nikah anak perempuan tanpa izinnya).

Pengajaran hadis:

 - lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
 - Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
 - Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
 - Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
 - Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Nuffnang