Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 11 - Tinggalkanlah Keraguan

Saturday, August 13, 2011



HADIS KESEBELAS

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."  

(Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa’i no. 5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)

 HADITH 11


On the authority of Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Taib, the grandson of the Messenger of Allah, sallallahu ëalayhi wasallam, and who is dearest to him, radiyallahu ëanhuma, who said: ìI committed to memory from the Messenger of Allah, sallallahu ëalayhi wasallam, (the following words):

Leave that about which you are in doubt for that about which you are in no doubt.

[Al-Tirmidhi and al-Nasaíi related it, and al-Tirmidhi said: It is a good and genuine Hadith] Pelajaran:

Pelajaran:

1.     Meninggalkan syubhah dan mengambil yang halal akan melahirkan sikap wara’.

2.     Keluar dari ikhtilaf ulama lebih utama kerana hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhah, khususnya jika diantara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.

3.     Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka keyakinan yang diambil.

4.     Sebuah perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.

5.     Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bid’ah.

6.     Siapa yang membiasakan perkara syubhah maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.

0 comments:

Post a Comment