"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Sunday, August 14, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 22 - Allah Maha Pemurah





HADIS 22

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: "Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?" Baginda bersabda: "Ya!"              

(Riwayat Ahmad dan Muslim, no. 15)
                         
  HADITH 22

On the authority of Abu Malik Al-Harith bin Asim Al-Ashari said that the messenger of Allah said: "Purity is half of faith. alhamdu-lillah [Praise be to Allah] fills the scales, and subhana-Allah [How far is Allah from every imperfection] and alhamdu-lillah [Praise be to Allah] fill that which is between heaven and earth. Prayer is light; charity is a proof; patience is illumination; and the Quran is an argument for or against you. Everyone starts his day and is a vendor of his soul, either freeing it or bringing about its ruin."    
            

[Muslim]

Catatan :

Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث:

1.     Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.

2.     Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah ta’ala.

3.     Amal soleh merupakan sebab masuknya seseorang kedalam syurga.

4.     Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat serta kerinduan mereka terhadap syurga serta upaya mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana.

4.     Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

2 comments:

  1. akie.. selamat berpuasa..
    lame tak jenguk akie kuku kaki kiki.. hehe

    ReplyDelete
  2. yola cik dieba oi, selamat berpuasa juge..hihi

    ReplyDelete

Blog Archive

Nuffnang