Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 29 - Menjaga Lidah

Sunday, August 21, 2011





Hadis 29 

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW


"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. 


Nabi SAW menjawab:


"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."


Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”


Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:


“Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal  soleh yang mereka telah kerjakan.”


Kemudian baginda bersabda


 “Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya menjawab  “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”


Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”


(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)

 
From Mu'adh bin Jabal, radiyallahu 'anhu, who said: I said:

"O Messenger of Allah, tell me of a deed which will take me into Paradise and will keep me away from the Hell-fire." He said: "You have asked me about a great matter, yet it is, indeed, an easy matter for him to whom Allah Almighty makes it easy. (It is ) that you worship Allah without associating anything with Him, that you perform the prayers, that you pay the zakat, that you fast during Ramadan, and that you make the pilgrimage to the House."

Then he said: "Shall I not guide you to the gates of goodness? Fasting is a shield; charity extinguishes sin as water extinguishes fire; and a man's prayer in the middle of the night." Then he recited: "Who forsake their beds to cry unto their Lord in fear and hope, and spend of that We have bestowed on them. No soul knoweth what is kept hid for them of joy, as a reward for what they used to do". [Qu'ran, Surah al-Sajdah (32): Ayah 16-17]

Then he said: "Shall I not also tell you of the peak of the matter, its pillar, and its topmost part?" I said: "Yes, O Messenger of Allah." He said: "The peak of the matter is Islam (submission to Allah), the pillar is prayer; and its topmost part is jihad." Then he said: "And shall I not tell you of the controlling of all that ?" I said:" Yes, O Messenger of Allah". So he took hold of his tongue and said: "Restrain this." I said: "O Prophet of Allah, will we be held accountable for what we say?" He said: "May your mother be bereft of you! Is there anything that topples people on their faces (or he said, on their noses) into the Hell-fire other than the jests of their tongues?"


[Related by Al-Tirmidhi, who said it was a fine and sound hadith]


Pengajaran hadis:


(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.


(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengah malam.


(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.


(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.


(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.


0 comments:

Post a Comment