"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 17 - Berbuat Baik Dalam Semua Urusan




HADIS 17

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu."     

(Riwayat Ahmad no. 17154, Muslim no. 1955, Abu Daud no. 2815, al-Tirmizi, Ibn Majah no. 3170, al-Nasa’i no. 4405 dan al-Baihaqi no. 11071)
                         
  HADITH 17


Abu Ya'la Shaddad ibn Aus, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Verily, Allah has enjoined excellence (ihsan) with regard to everything. So, when you kill, kill in a good way; when you slaughter, slaughter in a good way; so everyone of you should sharpen his knife, and let the slaughtered animal die comfortably."

[Muslim]."        

Pokok Perbincagan Hadis :

1.     Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan kepada setiap makhluk contohnya dalam hukuman bunuh atau qisas atau ketika menyembelih haiwan.

2.     Dalam hukuman bunuh , perlu tiada unsur penganiayaan, menyegerakan kematian, memancung tengkuk sebagaimana  sabit dalam al-Quran dan beberapa hadis Baginda, serta menajamkan mata pedang akan digunakan terlebih dahulu.

3.     Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya.  Ketika menyembelih, hendaklah menyegerakan kematiaanya, menggunakan mata pisau yang benar-benar tajam, menyembelih dengan lemah lembut, tidak merebahkan haiwan sembelihan ke tanah dengan kasar, tidak menyeretnya, menghadapkannya ke kbilat, membaca basmallah dan hamdallah, memotong urat nadi lehernya serentak (halqum, marih dan wudjin),membiarkan mati barulah dilapah.

4.     Menyusukuri nikmat dan pemberian Allah yang telah menundukkan haiwan tersebut agar mudah untuk disembelih dan telah menghalalkan dagingnya.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Nuffnang