Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 16 - Jangan Marah

Saturday, August 13, 2011



HADIS 16

Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."           

(Riwayat Ahmad no. 8729, al-Bukhari no. 5765 dan al-Tirmizi no. 2020)
                         
  HADITH 16

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that a man said to the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam:

"Advise me! "The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."

[Al-Bukhari; Vol. 8 No. 137]
        

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1.     Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.

2.     Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda: “ Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga dia diberi hak hak unutk memilih bidadari yang disukainya.”

4.     Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah.”


Langkah menghadapi kemarahan

1.         Jauhi akhlak tercela dan didiklah diri dengan akhlak mulia.
2.         Berlatih memaafkan orang lain.
3.         Bersikap tawaduk
4.         Mengucapkan ta’awwuz
5.      Mengubah posisi ketika marah daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada berbaring.
6.         Berhenti becakap
7.         Mengambil wuduk



           

0 comments:

Post a Comment