"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Saturday, September 24, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 36 - Menutup Aib dan Mencari Ilmu





Hadis 36

Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan enuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940)

Hadith

It was related on the authority of Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves, except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be hastened forward by his lineage."

[Muslim]

Pengajaran hadis:

1.     Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.

2.     Kita hendaklah menutup aib dab malu seorang Muslim dan sebagai ganjaran Allah akan menutup aib kita di akhirat.

3.     Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya.

4.     Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala.

5.     Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas di dalamnya agar tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.

6.     Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya, kerana ketaatan tidak akan terlaksana kecuali kerana kemudahan dan kasih sayang-Nya.

7.     Selalu membaca Al Quran, memahaminya dan mengamalkannya.

8.     Keutamaan duduk di rumah Allah untuk mengkaji ilmu.

0 comments:

Post a Comment