DIARI BULAN ZULHIJJAH

Friday, August 20, 2010
Bulan Zul Hijjah

1. Nabi Muhammad saw membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana Baginda saw diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah, ianya berlaku pada tahun kelima sebelum perlantikan Baginda saw menjadi nabi.

2. Peristiwa Bai’ah Al ‘Aqabah (perjanjian setia Al ‘Aqabah) pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda saw menjadi nabi, ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi saw keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang telah menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka telah mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda saw.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam telah dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi saw pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan ‘ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’, di sana Baginda saw menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ‘ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi saw pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu’minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Perlantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Perlantikan ‘Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

0 comments:

Post a Comment