"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Friday, August 20, 2010

DIARI BULAN SYAWAL

Bulan Syawwal

1. Perutusan tentera ke Batn Rabie dipimpin oleh Ubaidullah bin Al Harith bin Abd Al Mutallib pada bulan kelapan Hijrah, disertai juga oleh Saad bin Abi Al Waqqas yang merupakan orang yang pertama menggunakan panah di dalam pertempuran Islam.

2. Kelahiran Abdullah bin Az Zubair, anak pertama bagi orang Muhajirin di Madinah selepas peristiwa Hijrah yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh kaum Muslimin.

3. Perkahwinan Nabi saw dengan ‘Aisyah.

4. Pada tahun kedua Hijrah, setelah selesai peperangan Badar dan peristiwa tawanan perang, Nabi saw mengetuai tentera Islam menyerang Bani Sulaim di Kadar.

5. Peperangan Bani Qainuqa’ pada tahun kedua Hijrah, kaum Yahudi Bani Qainuqa’ adalah golongan pertama Yahudi Madinah yang memerangi Nabi saw dan mencabul perjanjian damai yang dimeterai bersama Baginda saw.

6. Peperangan Uhud pada tanggal 15 Syawwal tahun ketiga Hijrah, peperangan pertama yang merugikan kaum Muslimin kerana sebahagian daripada tentera pemanah melanggari arahan Nabi saw yang meminta mereka supaya terus berada di atas bukit, tetapi mereka turun setelah menyaksikan kemenangan pertama yang diperolehi oleh kaum Muslimin. Ianya menyaksikan kematian syahid seramai 70 orang kaum Muslimin termasuk Hamzah bin Abd. Mutallib bapa saudara Baginda saw yang digelar singa Allah dan RasulNya dan Al Usaidim ‘Amr bin Thabit bi Waqs Al Ashhaliy yang baru memeluk agama Islam, tidak pernah sujud kepada Allah swt walaupun sekali. Ini kerana beliau menerima Islam pada hari peperangan Uhud dan terus menyertai tentera Islam menentang tentera Musyrikin lalu gugur syahid di medan Uhud. Nabi saw bersabda kepada beliau : “Perbuatan sedikit dibalas pahala besar”.

7. Peperangan Hamra’ Al Asad pada 16 Syawwal tahun ketiga Hijrah, ianya terletak 8 batu di luar kota Madinah. Baginda saw keluar bersama para sahabat selepas peperangan Uhud mengekori dan mengejar tentera Quraish, bertujuan memperlihatkan kekuatan tentera Islam kepada semua kaum kafir Arab bahawa mereka masih bertenaga, kuat dan di tahap yang membanggakan sekalipun apa yang menimpa mereka di dalam peperangan Uhud. Bahkan kekuatan mereka makin bertambah dan keazaman mereka semakin hebat sehingga kota Mekah jatuh ke tangan mereka sebagaimana yang telah dijanjikan Allah swt. Di Hamra’ Al Asad Nabi saw mengarahkan supaya tentera Islam mengumpulkan kayu di waktu siang dan menyalakan api di waktu malam sehingga tentera musuh bertempiaran lari kerana ketakutan dan sangkaan bahawa Nabi saw mempunyai tentera yang amat besar jumlahnya, sedangkan pada ketika itu mereka berada 5 batu daripada kawasan tentera Islam.

8. Peperangan Al Khandak atau Al Ahzab pada tahun kelima Hijrah. Tentera Musyrikin berkumpul untuk melancarkan serbuan ke atas bandar Madinah tetapi Nabi saw dengan kebijaksanaan Baginda telah bersedia mempertahankan Madinah dan dengan pengesyoran dari Salman Al Farisiy, mereka telah menggali sebuah parit yang besar di persekitaran Madinah, oleh kerana itu ia dikenali dengan nama peperangan Al Khandak yang bererti parit. Dinamakan juga sebagai peperangan Al Ahzab iaitu kumpulan kerana kebanyakan kumpulan dan kabilah Arab yang belum lagi menerima Islam berkumpul membentuk satu kumpulan besar bagi menyerang kaum Muslimin. Peperangan ini merupakan cubaan terakhir pihak Quraish dan sekutunya bagi menyerang Madinah dan kaum Muslimin yang akhirnya mereka pulang dengan kekalahan dan kecewa. Allah swt telah memberikan kemenangan kepada Nabi saw dan Muslimin dan menghampakan niat buruk kaum Musyrikin.

9. Perutusan Abdullah bin Rawahah pada tahun keenam Hijrah. Ianya terdiri daripada 30 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Abdullah, dihantar untuk menumpaskan pakatan Asir bin Razam dengan Ghatafan bagi menyerang kaum Muslimin. Nabi saw menyuruh Abdullah supaya menawarkan kepada Asir pemerintahan bandar Khaibar. Tetapi Asir keluar bersama 30 orang pengikutnya bagi menghadapi tentera Islam, di pertengahan jalan beliau berasa menyesal tetapi meneruskan juga peperangan tersebut sehingga dia terbunuh bersama beberapa orang pengikutnya.

10. Peperangan Hunain pada 10 Syawwal tahun kelapan Hijrah, ianya terletak beberapa batu dari kota Mekah yang dikenali sekarang dengan nama As Syarai’e. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan perolehan harta rampasan yang banyak. Harta-harta itu dikumpulkan oleh Baginda saw di Al Ja’arranah dan diagihkan kepada tentera Islam selepas kembali dari peperangan At Tai’f terutama kepada golongan Al Muhajirin dan orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Peperangan ini diikuti kemudiannya dengan kepungan At Tai’f yang berlangsung selama 20 hari.

11. Peperangan Al Yamamah di antara tentera Muslimin dan Musailamah Al Kazzab pada tahun kesebelas Hijrah di zaman pemerintahan Abu Bakar As Siddiq. Kumpulan Musailamah yang terdiri daripada keanggotaan 40 ribu orang ini adalah golongan orang murtad yang ganas dan terkuat di masa itu.

12. Kelahiran Al Imam Al Bukhariy Muhammad bin Ismail seorang ahli Hadis yang terkenal, pengarang kitab As Sahih pada tahun 194 Hijrah. Beliau meninggal dunia di bulan yang sama pada tahun 256 Hijrah dalam usia 62 tahun setelah berkhidmat sepanjang hayatnya di dalam bidang Hadis Nabi saw.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Nuffnang