Bulan Sya’aban.
Pengertian
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
1. Perutusan tentera Ar Rabi’e pada tahun kelima Hijrah.
2. Perutusan Ali bin Abi Talib ke Fadak pada tahun keenam Hijrah.
3. Perutusan ‘Umar bin Al Khattab ke Turbah pada tahun ketujuh Hijrah.
4. Perjanjian Saida di antara orang Islam dan Salib pada tahun 594 Hijrah
.
5. Banjir besar yang meruntuhkan bangunan dinding Ka’abah sebelah utara dan sebahagian dinding di sebelah timur dan barat pada 19 Sya’aban tahun 1039 Hijrah.
0 comments:
Post a Comment