Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 31 - Zuhud

Thursday, August 25, 2011

 

Hadis 31

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.”

(Riwayat Ibn Majah no. 4102 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Hadith 31

On the authority of Abu al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idi, radiyallahu 'anhu, who said:

A man came to the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, and said: "O Messenger of Allah, direct me to an act which if I do it, [will cause] Allah to love me and people to love me." He, sallallahu 'alayhi wasallam, answered: "Be indifferent to the world and Allah will love you; be indifferent to what people possess and they will love you."

[A fine hadith related by Ibn Majah and others with good chains of authorities]


Pengajaran Hadis:

(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.


(2) Dari segi bahasa zuhud/zahid ialah berpaling daripada sesuatu atau tidak mengkehendaki kepada sesuatu kerana tiada mutu atau nilainya.

(3) Dari segi syarak zuhud/zahid ialah mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya.

(4) Warak pula bererti tidak mahu mengambil atau menggunakan sesuatu yang syubhah (yang kesamaran hukumnya) kerana ditakuti jatuh kepada yang haram.

(5) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

(6) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

(7) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

(8) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang zuhud dariapda segala kesenangan dunia menjadikan hatinya lapang di dunia dan di akhirat. Sedangkan orang yang mencintai dunia hatinya menjadi resah di dunia dan di akhirat.”

(9) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik negeri adalah dunia bagi mereka yang berbekal daripadanya untuk akhiratnya hingga reda Tuhannya, dan sejahat-jahat negeri bagi mereka yang menghalangi daripada akhiratnya dan memundurkan dia daripada keredhaan Tuhannya. Dan apabila seorang hamba berkata: ‘Semoga Allah burukkan dunia’, maka berkatalah dunia kepadanya: ‘Allah burukkan dia kerana dialah yang derhakakan kami kepada Tuhannya.”

(10) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kemuliaan seseorang ialah berdiri pada waktu malam (untuk solat) dan kehormatanya ialah terkaya (tidak bergantung) daripada manusia.”


(11) Saidina Ali k.w.h berkata: “Dunia ini adalah negeri benar bagi orang yang benar padanya, negeri balasan bagi orang yang memahaminya dan negeri kekayaan bagi orang yang menyediakan bekalan-bekalan dariapadanya.”
(Riwayat Abdul Jabar bin Wahab)




Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 30 - Suruhan dan Larangan





Hadis 30

Daripada Abi Tsa’labah al-Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin r.a meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meinggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.”

[Riwayat al-Baihaqi no.20217 dalam al-Sunan al-Kubra dan Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya (9/17)]

Hadith 30


It was narrated on the authority of Abi Tha'labah Al-Khushani Jurthum bin Nashir, radiyallahu 'anhu, that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Verily Allah the Almighty has prescribed the obligatory deeds, so do not neglect them; He has set certain limits, so do not go beyond them; He has forbidden certain things, so do not indulge in them; and He has said nothing about certain things, as an act of mercy to you, not out of forgetfulness, so do not go enquiring into these."

[Related by Al-Daraqutni and others - Al-Nawawi said this is a hasan (fine) hadith]



Pengajaran hadis:

(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi hukum Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja. Hukum yang dihadkan Allah janganlah dilampaui daripada ketentuan-Nya.

(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.

(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia.Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

(4) Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan kepada Nabimu hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkanmu.”           (Surah al-Baqarah 2:101)