Bulan Rabie Al Awwal.
Pengertian
Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
1. Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, perutusan menjadi Rasul, penghijrahan Baginda ke Madinah dan kewafatannya saw.
2. Peperangan ‘Safwan’ ( Badar pertama ), Baginda saw keluar bersama para sahabat mengejar Karar bin Jabir Al Fihriy yang telah melakukan serangan ke atas binatang ternakan Madinah pada tahun kedua Hijrah.
3. Peperangan ‘Bawat’ - satu kawasan di Yanbu’- pada tahun kedua Hijrah bagi menyekat kafilah perniagaan Quraish yang mengandungi 1500 ekor unta, diketuai oleh Umaiyah bin Khalaf.
4. Pada tahun ketiga Hijrah, satu kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah dihantar bagi membunuh Kaab bin Al Ashraf seorang ketua kaum Yahudi yang menghina Islam dengan syair-syairnya, menyeru kaum Quraish supaya memerangi Islam. Ia menunjukkan sikap penentangan terbuka yang ditunjukkan oleh orang Yahudi terhadap Islam dan penganutnya pada permulaan seruan Islam lagi kerana kedengkian yang menebal di sanubari mereka.
5. Peperangan ‘Zi Amar’ (Ghatafan) pada tahun ketiga Hijrah di daerah Najd.
6. Peperangan ‘Bani An Nadhir’ pada tahun keempat Hijrah, mereka adalah salah satu goolongan Yahudi yang mengadakan perjanjian damai dengan Baginda saw, tetapi mereka mengkhianatinya dengan cubaan bagi membunuh Nabi saw. Baginda saw bersama para sahabat telah mengepung mereka selama 15 hari sehinggalah mereka bersetuju menyerah kalah kepada Rasulullah saw. Mereka telah dikeluarkan dari Madinah dengan meninggalkan segala alat perang mereka kecuali barang makanan dan pakaian sahaja. Kesemuanya menuju ke Khaibar dan pada akhirnya kesemua kaum Yahudi telah dikeluarkan dari Semenanjung Tanah Arab ke Bumi Syam pada zaman Umar Al Khattab.
7. Pada tahun kelima Hijrah berlakunya peperangan ‘Dumatu Al Jandal’.
8. Peperangan Bani Lahyan pada 15 haribulah tahun keenam Hijrah. Tentera Muslimin seramai 200 orang termasuk 20 penunggang kuda yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw tetapi tidak berlaku apa-apa peperangan disebabkan oleh Banu Lahyan melarikan diri ke bukit-bukau.
9. Bai’ah – perlantikan – Abu Bakar As Siddiq menjadi Khalifah di dewan Bani Sa’iedah pada tanggal 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah.
10. Pelepasan penghantaran tentera Islam oleh Abu Bakar As Siddiq yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid bagi berhadapan dengan orang Rom, ianya telah diarahkan oleh Baginda saw supaya menuju ke tanah jajahan Rom tetapi terhenti disebabkan oleh kewafatan Baginda saw.
11. Pembukaan ‘Al Hirah’ di bumi Iraq secara damai di tangan Khalid bin Al Walid.
12. Peperangan ‘Al Hittin’ di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al Ayyubiy menentang tentera Salib, ianya dimenangi oleh tentera Islam yang menjadi pintu bagi pembukaan Bait Al Maqdis pada tahun 583 Hijrah.
13. Kemasukkan tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Ezabila ke bumi Gharnada, bandar dan kubu terakhir tentera Islam di Andalusia pada tahun 897 Hijrah. Orang Islam di sana dibunuh dengan kejamnya dan ianya merupakan kejatuhan sebuah negara Islam yang amat menyayatkan hati. Antara sebab kejatuhan negar tersebut pepecahan sesama ummat Islam, tidak menurut perintah Allah swt., kelemahan stategi dan tenaga untuk berhadapan dengan kaum Kristian. Kejatuhan tersebut ditangisi oleh semua ummat Islam sehinggakan ada dikalangan penyair yang mengarang kedukaan itu di dalam syair-syair mereka. Kehilangan itu bermakna kemusnahan tempat sejarah warisan ummat Islam, masjid-masjid ditukarkan menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan berkumandang di negara tersebut.
0 comments:
Post a Comment