Bulan Rajab.
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
1. Penghijrahan pertama orang Islam ke Habashah ( Etiopia ) ketika Quraish menindas mereka, seramai 16 orang sahabat termasuk 4 orang perempuan memulakan penghijrahan tersebut. Ia dimulai oleh ‘Usman bin ‘Affan beserta isterinya Ruqayyah binti Rasulillah, Abu Huzaifah dan isteri, Abu Salamah dan isteri, Az Zubair, Abdur Rahman bin ‘Auf, ‘Usman bin Mazd’un, ‘Amir bin Rabi’ah dan isteri, Abu Busrah bin Abi Raham, Hatib bin ‘Umar, Suhail bin Wahab dan Abdullah bin Mas’ud. Mereka keluar dari kota Makkah pada tahun kelima selepas perlantikan Rasulillah saw.
2. Perutusan ‘Abdullah bin Jahsh Al Asadiy ke Nakhlah pada bulan ke 17 selepas Hijrah. Pada peristiwa ini turunnya ayat ke 217 surah al Baqarah yang bermaksud ( mereka menanyamu wahai Muhammad tentang peperangan yang berlaku di bulan haram (suci) ).
3. Peperangan ‘Zi ‘Ushairah’ pada tahun kedua Hijrah di kawasan antara Mekah dan Madinah kerana menyekat satu kafilah perdagangan Quraish yang hendak ke Syam tetapi tidak berlaku apa-apa pertempuran kerana kafilah itu telah terlepas lari.
4. Peperangan ‘Qaradah’ yang diketuai oleh Zaid bin Harithah, mengandungi seratus orang bertujuan menyekat satu rombongan perniagaan Quraish yang menuju ke Iraq. Ianya berhasil menyekatnya dan menawannya termasuk beberapa harta dan perak.
5. Perutusan sekumpulan tentera di bawah pimpinan Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah ke Zi Qussah pada tahun keenam Hijrah yang terdiri daripada 40 orang, bertujuan menggertak dan mengajari Bani Tha’labah yang bersiap sedia untuk menyerang Madinah. Ketika tentera Islam sampai ke sana didapati hanya binatang ternakan sahaja yang ada lalu dibawa pulang ke Madinah. Tiada peperangan yang berlaku di situ.
6. Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai sendiri oleh Rasulullah saw pada tahun ketujuh Hijrah ke tempat-tempat yang diduduki oleh orang Yahudi seperti Khaibar, Fadak dan Taima’ bagi menggertak mereka yang akhirnya mereka membuat perjanjian damai dengan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Yahudi Khaibar.
7. Peperangan Tabuk pada awal bulan Rajab tahun kesembilan Hijrah. Ianya juga dinamakan “peperangan kesukaran (al ‘usrah)”. Ianya dibiayai oleh para sahabat termasuklah Abu Bakar yang menafakahkan kesemua hartanya iaitu 4 ribu dirham, ‘Umar yang membelanjakan separuh hartanya dan ‘Usman yang membiayai sepertiga daripada tentera tersebut dengan jumlah yang paling banyak sehingga Nabi saw bersabda terhadap beliau : ( Selepas ini Usman tidak dimudaratkan oleh apa-apa yang dikerjanya ) . Begitu juga pasa sahabat wanita yang turut sama membiayai tentera in dengan membawa harta benda dan mas kahwin mereka. Bagi sahabat yang tiada berharta, mereka mendatangi Nabi saw meminta tunggangan untuk bersama menyertai peperangan itu tetapi Nabi saw tidak mendapati binatang tunggangan bagi mereka. Beberapa orang sahabat Baginda saw tertinggal tidak menyertainya termasuklah Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umaiyah dan Murarah bin Ar Rabi’e. Begitu juga golongan Munafiqin yang mencari dalih untuk tidak bersama menyertai peperangan tersebut. Baginda saw bersama 30 ribu para sahabat beserta 10 ribu ekor kuda dan 12 ribu unta menuju ke Tabuk.
8. Pembukaan Damshik pada tahun keempat belas Hijrah ( 630 Masihi ) secara perdamaian. Abu ‘Ubaidah dan Khalid bin Al Walid telah mengepung bandar tersebut semenjak bulan Rabi’e At Thani tahun 14 Hijrah, akhirnya penduduk bandar itu bersetuju berdamai dengan membayar separuh dari hasil gereja, rumah kediaman serta mereka dijamin melakukan sebarang ibadat. Begitulah perdamaian yang dilakukan oleh orang Islam dengan membiarkan sesuatu masyarakat yang ditakluki negeri mereka melakukan upacara ibadat mereka dengan bebas, menjamin keselamatan diri dan harta mereka yang akhirnya mereka dapat memahami ajaran Islam dengan baik.
9. Pengembalian kembali Bait Maqdis kepada orang Islam apabila Salahuddin Al Ayyubiy memasukinya pada hari Jumaat 27 Rajab tahun 583 Hijrah ( 2/10/1187 Masihi ).
10. Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Yusuf bin Tashfin ketua pasukan Murabithin dan Al Mu’tamid bin ‘Abbad pemimpin tentera Andalusia di peperangan Az Zallaqah di bumi Andalusia pada hari Jumaat 12 Rajab tahun 479 Hijrah ( 23/10/1086 Masihi ). Mereka mengalahkan tentera salib yang diketuai oleh Al-Fonso Keenam raja Qashtalah.
0 comments:
Post a Comment