Bulan Ramadhan
1. Penurunan 5 ayat daripada surah Al Qalam ( Iqra’) kepada Baginda saw pada tahun ke 13 sebelum Hijrah.
2. Khadijah binti Khuwailid isteri Nabi saw menerima Islam.
3. Kematian Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun kesepuluh selepas Nabi saw dilantik menjadi Rasul. Beliau merupakan isteri pertama Baginda saw, ibu kepada anak-anak Baginda saw, orang yang pertama menyahut seruan Nabi saw, pembantu setia dan pendamping rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya di dalam menyebarkan ugama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di kota Mekah.
4. Perutusan tentera pertama yang diutus oleh Nabi saw di bawah pimpinan Hamzah bin Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai oleh 30 orang tentera Islam.
5. Pada tahun kedua Hijrah difardukan ‘ibadah zakat dan solat dua hariraya.
6. Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Ianya merupakan peperangan pertama yang penuh bersejarah di dalam Islam dengan mengalahkan tentera yang dipimpin oleh Musyrikin Mekah. Walaupun bilangan Muslimin ketika itu terlalu sedikit namun bantuan Allah swt. tetap memyebelahi Rasulullah saw dan tentera Islam.
7. Perutusan Zaid bin Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana telah menghalang satu kafilah dagangan daripada menuju ke Madinah, mereka telah menawan kafilah tersebut, merampas dagangannya dan membunuh beberapa anggotanya. Apabila Zaid sampai di sana, beliau mendapati Bani Fazarah telah melarikan diri dan beliau pulang ke Madinah membawa beberapa orang tawanan dan harta.
8. Pembukaan kota Mekah pada tahun kelapan Hijrah daripada tangan syirik jahiliah, dihancurkan segala berhala yang terdapat di persekitaran Kaabah, selepasnya manusia beramai-ramai memasuki agama Allah swt.
9. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah setelah menemui Nabi saw di Madinah.
10. Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad saw pada tahun kesebelas Hijrah, beliau merupakan orang yang pertama di dalam keluarga Nabi saw meninggal dunia selepas kewafatan Baginda saw sebagaimana yang telah diberitahu oleh Baginda saw. Berumur 29 tahun meninggalkan suaminya Ali bin Abi Talib dan dua cucu Baginda saw ketua pemuda penghuni syurga Al Hasan dan Al Husain.
11. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 Hijrah dibunuh oleh seorang Khawarij Abd. Rahman bin Muljim Al Himyariy.
12. Kematian Ummul Mu’minin Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pada tahun ke 85 hijrah.
13. Kematian Nafisah binti Al Husan bin Zaid bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib di Mesir pada tahun 208 Hijrah, beliau telah keluar dari Madinah bersama suaminya Ishaq bin Jaafar bin Muhammad As Sadiq menetap di Mesir.
14. Peperangan Balat As Shuhada’ di bawah kepimpinan Ab. Rahman Al Ghafiqiy, tentera Islam tewas di dalam pertempuran itu yang membawa kepada terhentinya penyebaran Islam ke benua Eropah.
15. Peperangan ‘Ain Jalut pada tahun 658 Hijrah di bawah kepimpinan Al Muzaffar Qutuz, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Tatar.

0 comments:
Post a Comment