DIARI BULAN JAMADIL AWAL

Friday, August 20, 2010
Bulan Jamadil Awwal.

Pengertian


Jamadil Awal memberi erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.

1. Peperangan ‘Al ‘Ashirah’ pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda saw. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah saw dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda saw bersama sahabat kembali ke Madinah.

2. Peperangan ‘Zat Ar Riqa’ pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda saw. Ianya di satu kawasan di daerah Najd dikediaman Bani Muharib dan Bani Tha’labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan ‘Zat Ar Riqa’ ( yang mempunyai cebisan kain ) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebesan kain kerana kepanasan bumi Najd.

3. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke ‘Al Qussah’ yang mengandungi 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha’labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.

4. Peperangan Mu’tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin ‘Amr Al Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah saw Al Harith bin Umair Al Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutusi Baginda saw membawa sepucuk surat ke maharaja Rom atau pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah saw amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan di zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda saw menghantar sekumpulan tentera dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan “sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja’afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi”. Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

5. Peperangan Ajnadin pada tahun ketiga belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh ‘Amr bin Al ‘As, Abu ‘Ubaidah bi Al Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan. Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.

6. Kematian Asma’ binti Abi Bakar As Siddiq yang digelar ‘Zat An Nitoqain’, salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah swt dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluki Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az Zubair yang telah dibunuh oleh Al Hajjaj As Thaqafiy.

7. Kematian Abdullah bin Az Zubair pada 17 Jamadil Awwal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az Zubair bin Al ‘Awwam sepupu Nabi saw dan ibunya Asma’ binti Abu Bakar As Siddiq, emak saudaranya ‘Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.

0 comments:

Post a Comment