Terdapat pelbagai kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Pertama :
Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
Daripada Abu
Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah
al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua :
Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.
Daripada
Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda
: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan
mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah
Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca
dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga :
Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada
Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik
manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada
orang lain”.
(Hadis
Riwayat Bukhari)
Keempat :
Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada
Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca
al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima :
Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu
Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang
mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar )
baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran
seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik
yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan
rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah
labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keenam :
Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.
Daripada
Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya
Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain
dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh :
Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada
Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh
berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan
kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam ,
lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelapan :
Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Daripada
Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al
Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di
langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya.
Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan
menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah )
ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesembilan :
Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.
Daripada
Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya
orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran
seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini
hasan sahih)
Kesepuluh :
Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada
Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa
nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah
dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di
dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau
bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini
hasan sahih )
Kesebelas :
Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada
‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di
tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara
kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau
‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab :
“Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi
ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta,
tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua belas
: Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat
berjemaah.
Daripada
Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak
mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca
al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )
Ketiga
belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada
al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.
Daripada
Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua
lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana
satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka
apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang
yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie
dan Ibnu Majah)
Keempat
belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada
‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca
al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian
ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca
al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan
datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis
Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
Kelima belas
: Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada Ibnu
Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-
Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala,
aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi,
beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Sahabat yang
dimuliakan,
Marilah kita
menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa
menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan
sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan
senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah
hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah
S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi
yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar
semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca
al-Quran.”
0 comments:
Post a Comment