"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Nuffnang

Friday, November 04, 2011

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 42 - Mencari Keampunan Allah




Hadis 42

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

Maksudnya: ”Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”

(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Hadith 42

From Anas, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say: 

"Allah the Almighty has said: 'O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon.'" 

[Recorded by Al-Tirmidhi, who said that it is a good and sound hadith]


Pengajaran hadis:

1     Daripada Abu Ayyub ketika hendak wafat dia berkata: “Saya telah merahsiakan daripada kamu sesuatu yang pernah aku dengan daripada Rasulullah SAW, iaitu saya mendengar Baginda bersabda:

“Sekiranya kamu sekalian tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan menggantikannya dengan makhluk lain yang berbuat dosa, lalu Allah memberi keampunan kepada mereka.”

Dalam kenyataan Nabi yang berasingan, Baginda bersabda maksudnya: “Allah lebih bergembira atas taubat seorang hamba-Nya daripada (kegembiraan) seorang antara kamu yang menemui kembali haiwannya yang hilang.”

2         Berdoalah dengan penuh harapan, fokus, penuh kosentrasi, taat, penuh keyakinan dan tidak terburu-buru disamping menjaga menjaga sumber rezeki yang kita dapat daripada sumber yang halal.

3                    Allah Maha Berkuasa memberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.


4                    Berdoalah dengan mematuhi adab-adab doa.

5                    Memohon keampunan  walau sekecil mana dosa yang dilakukan.


6                    Istighfar hendaklah diikuti dengan taubat.

7                    Hendaklah sentiasa berbaik sangka degan Allah SWT.


8                    Sentiasa bertauhid kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah.

0 comments:

Post a Comment

Nuffnang