HADIS 25
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka." Baginda bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala."
(Riwayat Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)
Abu Dharr, radiyallahu 'anhu, reported that some of the Companions of the Messenger of Allah, sallallahu alayhi wasallam, said to him:
"O Messenger of Allah, the rich have taken away all the rewards. They observe the prayer as we do, and they keep the fasts as we do, and they give sadaqah (charity) from their surplus riches." Upon this he (the Prophet) said: "Has Allah not prescribed for you (a course) by following which you can also do sadaqah? Verily in every tasbih (i.e. saying Subhanallah) there is a sadaqah, every takbir (i.e. saying Allahu Akbar) is a sadaqah, every tahmid (i.e. saying Alhamdulillah) is a sadaqah, every tahlil (i.e. saying Lailaha illallah) is a sadaqah, enjoining of good is a sadaqah, forbidding of evil is a sadaqah, and having sexual intercourse with your wife is a sadaqah. They (the Companions) said: "O Messenger of Allah, is there reward for him who satisfies his sexual passion among us?" He said: "Tell me, if he were to devote it to something forbidden, would it not be a sin on his part? Similarly, if he were to devote it to something lawful, he should have a reward."
[Muslim]
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Sikap bijak dalam mnghadapai pelbagai keadaan serta mendatangkan khabar gembira bagi jiwa serta menenangkan perasaan.
2. Para shahabat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan.
3. Luasnya keutamaan Allah ta’ala serta banyaknya pintu-pintu kebaikan yang dibuka bagi hamba-Nya.
4. Semua bentuk zikir sesungguhnya merupakan sedakah yang dikeluarkan seseorang untuk dirinya.
5. Malah menyalurkan syahwat kepada yang halal seperti berjimak dengan isteri juga sedekah
6. Anjuran untuk meminta sesuatu yang dapat memberi manfaat bagi seorang muslim dan yang dapat meningkatkan dirinya ke derajat yang lebih sempurna.
7. Didalam hadits ini terdapat keutamaan orang kaya yang bersyukur dan orang fakir yang bersabar.
0 comments:
Post a Comment