HADIS 18
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: "Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik."
(Riwayat Ahmad no. 21392, al-Tirmizi no. 1988 dan al-Hakim no. 178)
HADITH 18
Abu Dhar Jundub bin Junadah and Abu Abdul Rahman Mu’adh bin Jabal, radiyallahu anhuma, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
“Fear Allah wherever you may be; follow up an evil deed with a good one which will wipe (the former) out, and behave good-naturedly towards people.”
[Al-Tirmidhi relates it, saying: It is a good (hasan) Tradition. In some copies he says: It is a good and genuine (hasan and sahih) Hadith.]
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Takwa kepada Allah merupakan kewajiban setiap muslim dan ia merupakan asas diterimanya amal soleh.
2. Bersegera melakukan ketaatan dengan bertaubat setelah melakukan keburukan secara langsung kerana taubat adalah syarat menghapus dosa-dosa besar. Perbuatan buruk hendaklah dibalas dengan kebaikan seperti kemaafan, kerana kebaikan akan menghapus keburukan.
3. Bersungguh-sungguh menghias diri dengan akhlak mulia dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Baihaqi no. 21301)
4. Menjaga batas-batas pergaulan yang baik merupakan kunci kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.
memang terbaik punya maklumat