Hadis 39
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan dipaksakan atas mereka.”
(Riwayat Ibn Majah no. 2034, al-Baihaqi (10/60), al-Tabarani no. 765, al-Daraqutni (VII/170) dan al-Hakim (11/198))
Hadith 39
Ibn Abbas, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Truly Allah has for my sake pardoned the mistakes and forgetfulness of my community, and for what they have done under force or duress."
[A fine hadith related by Ibn Majah, Al-Baihaqi and others]
Pengajaran Hadis:
1. Allah ta’ala mengutamakan umat ini dengan menghilangkan berbagai kesulitan dan memaafkan dosa kesalahan dan lupa.
2. Sesungguhnya Allah ta’ala tidak menghukum seseorang kecuali jika dia sengaja berbuat maksiat dan hatinya telah berniat untuk melakukan penyimpangan dan meninggalkan kewajiban dengan sukarela .
3. Manfaat adanya kewajiban adalah untuk mengetahui siapa yang ta’at dan siapa yang membangkang.
4. Ada beberapa perkara yang tidak begitu saja dimaafkan. Misalnya seseorang melihat najis di bajunya akan tetapi dia mengabaikan untuk menghilangkannya segera, kemudian dia shalat dengannya karena lupa, maka wajib baginya mengqhada shalat tersebut. Contoh seperti itu banyak terdapat dalam kitab-kitab fiqh.
5. Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Hadis ini mempunyai manfaat yang menyeluruh kerana terdapat tiga perkara yang dibicarakan hadis ini sering dijumpai dalam semua masalah feqah.
6. Semua perbuatan tidak terlepas daripada dua keadaan: sengaja dan tidak sengaja merangkumi kekeliruan, lupa dan dipaksa.
7. Dalam sebuah ayat yang bermaksud: Jika kamu melahirkan apa yang ada di hati kamu atau kamu sembunyikan, maka Allah akan mengadili kamu dengan apa yang kamu lakukan itu. (Surah al-Baqarah 2: 284)
8. Ayat ini menyebabkan para sahabat berasa tertekan. Oleh kerana itu, Abu Bakar, Umar, Abdurrahman bin Auf dan Mu’adz bin Jabal dengan beberapa orang mendatangi Rasulullah SAW.
9. Mereka berkata: “Kami dibebankan dengan amal yang tak sanggup kami memikulnya. Sesungguhnya seseorang antara kami dalam hatinya ada bisikan yang tidak disenanginya, sekalipun bisikan itu menjanjikan dunia.”
10. Nabi SAW lalu menjawab: “Boleh jadi kamu mengucapkan kalimah seperti yang diucapkan Bani Israil, iaitu kami mahu mendengar tetapi kami akan menentangnya. Kerana itu katakanlah: ‘Kami mahu mendengar dan mahu mentaati.”
11. Perkara itu membuatka mereka berasa tertekan dan mendiamkan diri. Lalu Allah memberikan kelonggaran dan rahmat-Nya dengan berfirman:
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapatkan pahala atas usahanya dan mendapatkan seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau bersalah.’
(Surah al-Baqarah 2: 286)
12. Imam Baihaqi berkata bahawa Imam Syafi’i menyatakan:
“Allah berfirman: ‘Kecuali orang yang dipaksa, sedang hatinya berasa tenteram dengan imannya (maka orang semacam ini tidak berdosa).”’
13. Diampuni dosa bukan bererti terbebas daripada tanggungjawab lain. Misalnya:
· Seorang yang tertembak kawan ketika berburu atau tertembak orang Islam ketika berperang dengan orang kafir maka ia tidak dibebani dosa, tetapi diwajibkan membayar kafarah.
· Seorang yang tidak melaksanakan solat kerana tertidur atau lupa, maka ia tidak berdosa, namun ia dituntut menqada solatnya ketika ia ingat atau terjaga daripada tidur.
· Orang yang dipaksa untuk mengucapkan perkataan yang menjadikannya murtad tetapi hatinya penuh keimanan. Tetapi jika dia tetap teguh serta tidak megucapkan perkataan tersebut hingga menyebabkan ia diseksa atau dibunuh, itu lebih mulia baginya dan jika terbunuh ia mati syahid.