PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Monday, May 24, 2021




       PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Perawi: Abu Ayyub al-Ansari RA
Koleksi: Sahih Muslim
Kitab: كِتَابُ الصَّوْمِ - Puasa
Bab: Disunatkan Puasa 6 hari daripada Bulan Syawal Mengikuti Ramadhan
No. Hadith: 1164
Matan Hadith:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.رواه مسلم وأبو داود والترمذي وإبن ماجه وأحمد وغيرهم

-التخريج: صحيح مسلم، كتاب الصيام، باب استحباب صوم ستة أيام من شوال إتباعا لرمضان، حديث رقم 1164.

Terjemahan:

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun."(Riwayat Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Istihbabu Shaumi Sittati Ayyami Min Syawwalin Ittibaa’an Li Ramadhana, no. 1164)

Status Hadith: Sahih
Pengajaran:
  1. Allah SWT dengan sifat Rahim-Nya telah mengurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan akan memperolehi ganjaran puasa setahun apabila diikuti dengan enam hari puasa sunat dalam bulan Syawal. Berdalilkan satu riwayat hadith yang bermaksud: “Puasa Ramadhan pahalanya menyamai berpuasa selama sepuluh bulan dan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal menyamai puasa selama dua bulan. Maka ianya mencukupi setahun.” (Hadith riwayat Ahmad, no. 21378, Ibn al-Khuzaimah dalam sahihnya, no. 2115, al-Darimi, no. 1755, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, no. 8230). Dalam riwayat Ibn Majah 1715, ditambah: “Ini adalah kerana firman Allah SWT dalam surah al-An‘am, ayat 160 yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan amal kebaikan maka akan digandakan kepadanya pahala sepuluh kali ganda.”

 

  1. Jumhur fuqaha daripada mazhab al-Syafie, al-Hanbali dan sebahagian fuqaha al-Hanafi dan al-Maliki bersepakat mengatakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal adalah mustahab (sunat). Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).” Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha’ Ramadhan sebagaimana Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Kitab Puasa, jilid 2, m/s: 52 (Dar Kutub al-Ilmiyah), menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa qadha’ dengan katanya yang bermaksud: “Contohnya sesiapa yang berniat puasa qadha’ pada hari isnin dan  dalam masa yang sama berniat puasa sunat hari isnin, maka  itu dibolehkan serta mendapat ganjaran kedua-duanya. Sebaliknya jika diniatkan puasa sunat sahaja maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” 

 

  1. Hukum menyatukan puasa qadha’ dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal atau hari-hari lain yang disunatkan berpuasa adalah harus dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadhan. Bahkan menyegerakan qadha’ puasa itu adalah amalan yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana pahala ibadah puasa tersebut hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui dan akan memberikan ganjarannya. Setiap muslim hendaklah menjadikan amalan berpuasa sunat ini sebagai rutin dan kelaziman kerana telah terbukti natijah daripada berpuasa itu akan memelihara seseorang daripada segala sifat keji dan mungkar, mendorong untuk mengerjakan amalan kebaikan yang lain serta dapat menampung kekurangan daripada puasa wajib yang telah dilakukan.

 

Sumber rujukan:

  1. Kitab Sahih Muslim
  2. Kitab Sunan Abu Dawud
  3. Kitab Sunan al-Tirmizi
  4. Kitab Sunan Ibn Majah
  5. Kitab Musnad Ahmad
  6. Kitab Syarh Sahih Muslim Li Imam al-Nawawi
  7. Kitab al-Mufhim Li Ma Usykila Min Talkhisi Kitabi Muslim
  8. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misyaktul al-Masobih
  9. Kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie Li Ibn Hajar al-Haitami
  10. http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/

Kelebihan Membaca Al-Quran

Wednesday, September 18, 2013



Terdapat pelbagai kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”


Nasihat Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka.

Monday, September 16, 2013




1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa. 

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita. 

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita. 

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui. 

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan. 

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127.

Maher Zain - Ramadan | English | Official Music Video

Tuesday, September 03, 2013






Official Music Video of the track "Ramadan" (English Version) directed by Hamzah Jamjoom

Ramadan - Lyrics:

You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!

Maher Zain - Guide Me All The Way | Official Lyrics Video

Tuesday, July 31, 2012






Official Lyrics Video of the track "Guide Me All The Way" from Maher Zain's new album "Forgive Me"


Lyrics, Melody & Arrangement: Maher Zain
© 2012 Awakening Records

Guide Me All The Way - Lyrics:

I know that You could easily
Take away everything You've given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
'Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to Your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don't let me go astray 'cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, O Allah!
Be with me all the way

I know that sometimes I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me 'cause I can't thank You enough
Forgive me when I doubt Your love
Now I pray for that day
When all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

CHORUS

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
'Cause soon I'll have to leave it (x2)

CHORUS (x3)

Guide me all the way
Don't let me go astray